Sunday, August 5, 2007

MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA



Tarikh : 5hb Ogos 2007
Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat :
Bilik Mesyuarat
Institut Kemahiran & Teknologi SHNS
PT940-949 Jalan Desa Darul Naim, Pasir Tumboh
16150 Kota Bharu
Kelantan

Kehadiran :
1. Nik Mohd Nasir Bin Nik Salleh
2. Nik Fakarudin Bin Nik Salleh
3. Kamarul Yusri Bin Ibrahim
4. Nik Noriza Binti Nik Salleh
5. Nik Zakida Binti Nik Salleh @ Neck Leh
6. Fatimah @ Nik Fatimah Binti Haji Nik Salleh @ Haji Neck Leh
7. Nik Mohd Wildan Bin Haji Nik Salleh
8. Nik Zaitun Binti Nik Salleh
9. Azila Binti Ramli
10. Che Noriah binti Abdullah
11. Mohd Amin bin Hj Mohd Rose
12. Wan Fariza binti Wan Othman
13. Nik Farhanah binti Nik Mohd Nasir
14. Nik Fatinah binti Nik Mohd Nasir
15. Nik Mohd Faidz bin Nik Mohd Nasir
16. Sarah Ain binti Mohd Amin
17. Che Jaafar bin Che Daud
18. Wan Som binti Abdullah
19. Rajula binti Che Jaafar
20. Mohd Sirajuddin bin Che Jaafar
21. Eddy Azmeera @ Wira bin Mohamed Azmi
22. Wan Azlyn Firdaos bin Wan Abdul Rashid.

Pengerusi Majlis : Nik Mohd Nasir bin Nik Salleh

Turut dihadiri : Encik Akram bin Hassan (Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Kelantan)

Mesyuarat telah berjalan dengan lancar walau mesyuarat bermula lewat sejam dari yang telah dijadualkan. Setelah mesyuarat agung berakhir, mesyuarat ahli lembaga yang baru dilantik pula dimulakan. Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan baik.

Thursday, July 12, 2007

Notis Mesyuarat Agung Kali Pertama

KKHNSWMKLKB/MAP/02/2007


Koperasi Keluarga Haji Nik Salleh Wan Munah Kampung Laut Kelantan Berhad
PT 940 – 949, Kampus Kenangan SHNS
Pasir Tumboh
16150 Kota Bharu
Kelantan

12 Julai 2007

Ke Majlis
Semua Anggota
Koperasi Keluarga Haji Nik Salleh Wan Munah Kampung Laut Kelantan Berhad

Tuan/Puan/Cik,

NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA BAGI KOPERASI KELUARGA HAJI NIK SALLEH WAN MUNAH KAMPUNG LAUT KELANTAN BERHAD

Adalah dengan hormatnya sukacita memaklumkan kepada tuan/puan/cik bahawa Mesyuarat Agung Kali Pertama akan diadakan pada 05 Ogos 2007 hari ahad, jam 9.00 pagi bertempat di bilik mesyuarat Institut Kemahiran & Teknologi SHNS, PT 940 – 949, Kampus Kenangan SHNS, Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu.

2. Tuan/puan/cik adalah dijemput hadir kemajlis tersebut. Kedatangan adalah diwajibkan.

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

3.1 Pemilihan Pengerusi Mesyuarat
3.2 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agong Permulaan yang di adakan pada 17 Februari 2007
3.3 Membentang dan menerima laporan sehingga 04 Ogos 2007
3.4 Membentang dan meluluskan Anggaran Belanjawan 2007dan 2008
3.5 Menetapkan had maksima Pinjaman Koperasi
3.6 Menetapkan had maksima Pelaburan Koperasi
3.7 Memilih dan melantik 9 orang Anggota Lembaga
3.8 Memilih Juruaudit Dalam
3.9 Memilih Juruaudit Luar
3.10 Melantik satu Jawatankuasa yang terdiri daripada Enam Anggota Biasa Dan Empat Anggota Lembaga termasuk Pengerusi untuk menentusahkan atau Pengkaji Minit Mesyuarat Agong Penubuhan.
3.11 Membahaskan Usul-usul yang disampaikan kepada Anggota Lembaga Penaja sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum Mesyuarat Agong
3.12 Ucapan Penangguhan

4. Bersama-sama ini dikembarkan Kertas Mesyuarat Agung Kali Pertama.

5. Sehubungan dengan itu adalah diharapkan agar pihak tuan/puan dapat menghadirkan diri di majlis tersebut dan memberi sokongan yang padu demi memajukan Koperasi ini.

Sekian, terima kasih.


Wassalam

Yang Menjalankan tugas,
KOPERASI KELUARGA HAJI NIK SALLEH WAN MUNAH KAMPUNG LAUT KELANTAN BERHAD



KAMARUL YUSRI BIN IBRAHIM
Setiausaha
Anggota Lembaga Penaja

S.k.

1. Tuan Pendaftar
Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Kelantan.
Tingkat 8, Wisma Persekutuan
Jalan Bayam
15600 Kota Bharu
Kelantan

Tuesday, May 15, 2007

Saturday, February 17, 2007

Mesyuarat Agung Permulaan

Mesyuarat untuk menubuhkan koperasi keluarga telah diadakan pada 17 Februari 2007 mulai jam 11.10 pagi yang bertempat di Bilik Mesyuarat Institut Kemahiran & Teknologi SHNS telah menamakan koperasi keluarga tersebut sebagai Koperasi Keluarga Nik Salleh Wan Munah Kampung Laut Kelantan Berhad. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 22 orang bakal anggota dan turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Kelantan, En Akram bin Hassan.

Majlis telah dipengerusikan oleh penganjur mesyuarat En. Nik Fakarudin bin Nik Salleh. Agenda Mesyuarat dan keputusan mesyuarat adalah seperti berikut:

a) Perlantikan Pengerusi

- En Nik Mohd Nasir bin Nik Salleh telah dilantik dengan sebulat suara untuk mempengerusikan mesyuarat ini atas cadangan Puan Nik Zakida binti Nik Salleh yang disokong oleh Cik Nik Noriza binti Nik Salleh

b) Persetujuan Menubuhkan Koperasi

- Tujuan Koperasi ini ditubuhkan dan aktiviti-aktiviti yang boleh dikendalikan olehnya telah diterangkan kepada mesyuarat oleh Nik Fakarudin Bin Nik Salleh. Ikutan itu atas cadangan Encik Mohd Amin Bin Haji Mohd Rose yang disokong oleh Encik Kamarul Yusri Bin Ibrahim bersetuju dengan sebulat suara menubuhkan sebuah koperasi dengan tanggungan berhad yang dinamakan Koperasi Keluarga Haji Nik Salleh Wan Munah Kampung Laut Kelantan Berhad.

c) Penerimaan Undang-undang Kecil

- Undang-undang kecil yang dicadangkan untuk dipakai bagi Koperasi ini sebagaimana yang telah dikelilingkan kepada bakal-bakal anggota-anggota telah diterangkan oleh Encik Nik Mohd Nasir Bin Nik Salleh dan atas cadangan Puan Nik Zaitun Binti Nik Salleh yang disokong oleh Encik Nik Mohd Faidz Bin Nik Mohd Nasir setuju sebulat suara menerima Undang-undang Kecil itu dengan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagaimana diperuntukkan di dalamnya.

d) Permohonan bagi Didaftarkan sebagai Koperasi

- Atas cadangan Encik Nik Fakarudin Bin Nik Salleh yang disokong oleh Puan Noriah Binti Abdullah bersetuju sebulat suara membuat permohonan kepada Ketua Pendaftar bagi didaftarkan Koperasi ini dan Undang-undang Kecilnya.

e) Perlantikan Lembaga dan memberi kuasa bagi menandatangani permohonan pendaftaran

- Nik Mohd Nasir bin Nik Salleh
- Nik Fakarudin bin Nik Salleh
- Kamarul Yusri bin Ibrahim
- Nik Noriza binti Nik Salleh
- Nik Zakida binti Nik Salleh @ Neck Leh
- Fatimah @ Nik Fatimah binti Haji Nik Salleh @ Haji Neck Leh
- Nik Mohd Wildan Bin Haji Nik Salleh
- Nik Zaitun binti Nik Salleh
- Mohd Amin bin Mohd Rose
- Azila binti Ramli

Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 12.05 tengahari.