Saturday, February 17, 2007

Mesyuarat Agung Permulaan

Mesyuarat untuk menubuhkan koperasi keluarga telah diadakan pada 17 Februari 2007 mulai jam 11.10 pagi yang bertempat di Bilik Mesyuarat Institut Kemahiran & Teknologi SHNS telah menamakan koperasi keluarga tersebut sebagai Koperasi Keluarga Nik Salleh Wan Munah Kampung Laut Kelantan Berhad. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 22 orang bakal anggota dan turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Kelantan, En Akram bin Hassan.

Majlis telah dipengerusikan oleh penganjur mesyuarat En. Nik Fakarudin bin Nik Salleh. Agenda Mesyuarat dan keputusan mesyuarat adalah seperti berikut:

a) Perlantikan Pengerusi

- En Nik Mohd Nasir bin Nik Salleh telah dilantik dengan sebulat suara untuk mempengerusikan mesyuarat ini atas cadangan Puan Nik Zakida binti Nik Salleh yang disokong oleh Cik Nik Noriza binti Nik Salleh

b) Persetujuan Menubuhkan Koperasi

- Tujuan Koperasi ini ditubuhkan dan aktiviti-aktiviti yang boleh dikendalikan olehnya telah diterangkan kepada mesyuarat oleh Nik Fakarudin Bin Nik Salleh. Ikutan itu atas cadangan Encik Mohd Amin Bin Haji Mohd Rose yang disokong oleh Encik Kamarul Yusri Bin Ibrahim bersetuju dengan sebulat suara menubuhkan sebuah koperasi dengan tanggungan berhad yang dinamakan Koperasi Keluarga Haji Nik Salleh Wan Munah Kampung Laut Kelantan Berhad.

c) Penerimaan Undang-undang Kecil

- Undang-undang kecil yang dicadangkan untuk dipakai bagi Koperasi ini sebagaimana yang telah dikelilingkan kepada bakal-bakal anggota-anggota telah diterangkan oleh Encik Nik Mohd Nasir Bin Nik Salleh dan atas cadangan Puan Nik Zaitun Binti Nik Salleh yang disokong oleh Encik Nik Mohd Faidz Bin Nik Mohd Nasir setuju sebulat suara menerima Undang-undang Kecil itu dengan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagaimana diperuntukkan di dalamnya.

d) Permohonan bagi Didaftarkan sebagai Koperasi

- Atas cadangan Encik Nik Fakarudin Bin Nik Salleh yang disokong oleh Puan Noriah Binti Abdullah bersetuju sebulat suara membuat permohonan kepada Ketua Pendaftar bagi didaftarkan Koperasi ini dan Undang-undang Kecilnya.

e) Perlantikan Lembaga dan memberi kuasa bagi menandatangani permohonan pendaftaran

- Nik Mohd Nasir bin Nik Salleh
- Nik Fakarudin bin Nik Salleh
- Kamarul Yusri bin Ibrahim
- Nik Noriza binti Nik Salleh
- Nik Zakida binti Nik Salleh @ Neck Leh
- Fatimah @ Nik Fatimah binti Haji Nik Salleh @ Haji Neck Leh
- Nik Mohd Wildan Bin Haji Nik Salleh
- Nik Zaitun binti Nik Salleh
- Mohd Amin bin Mohd Rose
- Azila binti Ramli

Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 12.05 tengahari.