Thursday, July 12, 2007

Notis Mesyuarat Agung Kali Pertama

KKHNSWMKLKB/MAP/02/2007


Koperasi Keluarga Haji Nik Salleh Wan Munah Kampung Laut Kelantan Berhad
PT 940 – 949, Kampus Kenangan SHNS
Pasir Tumboh
16150 Kota Bharu
Kelantan

12 Julai 2007

Ke Majlis
Semua Anggota
Koperasi Keluarga Haji Nik Salleh Wan Munah Kampung Laut Kelantan Berhad

Tuan/Puan/Cik,

NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA BAGI KOPERASI KELUARGA HAJI NIK SALLEH WAN MUNAH KAMPUNG LAUT KELANTAN BERHAD

Adalah dengan hormatnya sukacita memaklumkan kepada tuan/puan/cik bahawa Mesyuarat Agung Kali Pertama akan diadakan pada 05 Ogos 2007 hari ahad, jam 9.00 pagi bertempat di bilik mesyuarat Institut Kemahiran & Teknologi SHNS, PT 940 – 949, Kampus Kenangan SHNS, Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu.

2. Tuan/puan/cik adalah dijemput hadir kemajlis tersebut. Kedatangan adalah diwajibkan.

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

3.1 Pemilihan Pengerusi Mesyuarat
3.2 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agong Permulaan yang di adakan pada 17 Februari 2007
3.3 Membentang dan menerima laporan sehingga 04 Ogos 2007
3.4 Membentang dan meluluskan Anggaran Belanjawan 2007dan 2008
3.5 Menetapkan had maksima Pinjaman Koperasi
3.6 Menetapkan had maksima Pelaburan Koperasi
3.7 Memilih dan melantik 9 orang Anggota Lembaga
3.8 Memilih Juruaudit Dalam
3.9 Memilih Juruaudit Luar
3.10 Melantik satu Jawatankuasa yang terdiri daripada Enam Anggota Biasa Dan Empat Anggota Lembaga termasuk Pengerusi untuk menentusahkan atau Pengkaji Minit Mesyuarat Agong Penubuhan.
3.11 Membahaskan Usul-usul yang disampaikan kepada Anggota Lembaga Penaja sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum Mesyuarat Agong
3.12 Ucapan Penangguhan

4. Bersama-sama ini dikembarkan Kertas Mesyuarat Agung Kali Pertama.

5. Sehubungan dengan itu adalah diharapkan agar pihak tuan/puan dapat menghadirkan diri di majlis tersebut dan memberi sokongan yang padu demi memajukan Koperasi ini.

Sekian, terima kasih.


Wassalam

Yang Menjalankan tugas,
KOPERASI KELUARGA HAJI NIK SALLEH WAN MUNAH KAMPUNG LAUT KELANTAN BERHAD



KAMARUL YUSRI BIN IBRAHIM
Setiausaha
Anggota Lembaga Penaja

S.k.

1. Tuan Pendaftar
Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Kelantan.
Tingkat 8, Wisma Persekutuan
Jalan Bayam
15600 Kota Bharu
Kelantan